 |
Keheningan suasana sawah di Tambunan |
Dari segi geografi ,Tambunan terletak di bahagian
Pendalaman Sabah.80km dari kota kinabalu(ibu Negeri) di sebelah barat
48km,
dari Ranau di sebelah utara ,dan 48km dari keningau di selatan .
Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu
(4018)yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara..Dari segi
Budaya,barbagai bagai metos dan legenda terutamanya yang
berhubung dengan tradisi tradisi lama ,adat resam dan asal usul puak
puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga
sekarang.Kisah asal usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang
diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke
generasi yang lain di kalangan orang Kadazan /Dusun di Tambunan.
Pada zaman dahulu kawasan Tambunan
hanya di penuhi oleh hutan hujan tropika .Hutan di situ penuh dengan
pelbagai jenis haiwan ,
daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar
Borneo.Tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya.Namun demikian
beberapa lama kemudian peneroka mula berhijrah ke selatan dari
Nunukragang dan beberapa orang daripada mereka menetap di Tambunan.
Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu dipimpin oleh Gombunan
.Beliau seorang pahlawan dari kalangan puak Nunukragang,di
samping juga seorang pemimpinyang berkeboleihandan baik hati.Beliau
mula meneroka dataran Tambunan yang subur disamping pengikutnya.
termasuk isteri dan anak mereka.Menanam tanaman seperti padi huma
,jagung ubi kayu ,labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum
wanita .Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan berburu
binatang liar daripada tupai hingga babi hutan dan rusa.
Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap orang pada
ketika itu.Dan setiap orang akan gembira dan berpuas
hati.Apabila bilangan penduduk bertambah ,lebih banyak kawasan telah
di bersihkan untuk menanam.Penduduk kampung itu yang
mengelarkan diri mereka orang dataran(oleh keran mereka tinggal di
dataran Tambunan)menjadi bertambah maju dan aman damai
dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan.
Tetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit bukau datang di
sebelah timur menyerang orang dataran .Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian
daripada orang kampung itu.Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya dan berjaya menghalau mereka.Dan penyerang
penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk.
Puak Tonsundung yang marah atas
kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh
Gombunan.Kejadian itu berlaku pada
satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan
yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya .
Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda
kemenangan.Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi
untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan
kematian ketua orang dataran.
Orang Dataran amat berdukacita apabila
mengatahui kematian ketua mereka .Mereka berkabung beberapa hari sebagai
tanda
menghormati nya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya .Sebagai
mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan
mereka tiu GOMBUNAN .